JellyPages.com

Monday, June 8, 2009

Lama nyer....

Assalamualaikum....



hehe, ade orang ke yang singgah baca blog ni? huhu, wah lama betol tak update blog.



banyak benda dah berlaku....tak dapat nak cite sume.



punyer la susah aku nak log in sebab dah lupe password. Huhuhu...akhirnya terpaksa tukar password. Ish ish....



Sekarang tengah cute sem. Baru habis matrik...lama dah cuti. Adalah dalam 3 bulan lebih. Cuti memang best, sangaaaaaat best tapi teruk lah sebab banyak dah lupe pelajaran. Kesalahannya sebab tak ulangkaji. payahla nak ulang kaji. Internetnye, TV nyer, Video nyer, ish macam-macamlah. Apa aku nak buat bile start sem ni, mesti teruk nak catch up.



Lagi satu kelemahan yang sangat teruk kat aku ni ialah malas membaca. Tu lah nak ulang kaji pun susah.



Sebenarnye banyak je koleksi buku aku, tapi sepanjang yang aku ingat la, dalam 3 ke 4 buah buku je yang aku baca. woooa, teruk tu. Klu nak banding ngan sarah, memang jauh ketinggalan la aku.



Memang aku tak nafikan, salah satu sumber ilmu adalah membaca. Abang Fayhsal pun pernah menyarankan para mahasiswa ni banyak membaca. Jadi, aku tengah cuba lah jugak nak suke membaca.



Masalah lagi satu, aku tak tahu nak baca buku apa dulu. waaaaa, payah betol la aku ni. Baca je la buku apa2 kan asalkan berfaedah. Tapi aku susah betol nak mulakan. Jadi aku pun tanye lah sarah sepanjang cuti ni dia baca buku ape sebab aku tahu tak sah klu dia tak baca buku dalam seminggu. Memang hebat lah die nie. (Kalau dia baca ni mesti die marah giler kat aku T.T)



Antara buku yang Sarah baca ialah Online dengan Tuhan dan 10 tokoh Islam yang termasyhur. Waaah, dahsyatnyer tajuk buku yang dia baca. Hampir menyerah kalah ni.



Aku pon dok lah mencari2 buku2 yang tajuknyer agak best kat rumah aku ni. Haaa, buku yang dah lama aku beli tapi tak bersentuh. wuish, masih cantik lagi sebab siap dibalut. wakaka. Tajuknyer, Kuasa di Sebalik Solat karangan Syaikh Jalal Muhammad Syafi'i.

Banyak ilmu baru yang aku dapat. Buku ni menerangkan tentang kenapa Allah mewajibkan manusia solat lima kali sehari. Sebenarnya aku tak habis lagi baca buku ni. huhuhu..

Antara perkara yang diterangkan ialah, struktur tubuh manusia. Seperti yang kita tahu, manusia ni terdiri daripada beribu2 tulang. Ada tulang lurus, ada bengkok. Ada kecik, ada panjang. Pendek kata, memang beribu2 jenis tulang lah. Pastu, setiap hari, kita akan melakukan kerja2 seharian seperti memasak, berjalan, membasuh, mengemas dan macam-macam lagi lah.

Setiap pergerakan yang kita buat dan jika dilakukan berulang-ulang kali akan membawa kepada perubahan struktur tulang kita yang boleh membawa kepada penyakit2 yang kronik. Wuish, boleh cepat mati ni....

Tapi Allah Maha Mengetahui perihal makhluk ciptaanNya. Setiap pergerakan kita dalam solat seperti berdiri tegak, rukuk, sujud dan lain-lain akan membetulkan semula kedudukan-kedudukan tulang kita yang telah bergerak kerana aktiviti2 seharian kita.

MasyaAllah....

Selain itu, ilmu baru yang aku tahu lagi ialah cara kita berjalan juga boleh membawa kepada kerosakan struktur tulang kita. Sepatutnya, cara jalan yang betul ialah dengan meletakkan bahagian depan kaki dulu sebelum tumit kita. Tapi kebiasaannya kita letak tumit dulu. Aku pun cubalah jugak jalan macam tu, waahahaha, teramatlah pelik. Huhuhu, tapi demi kesihatan tulang....

hehehe, seronoknyer dapat ilmu baru. Lepas ni nak baca buku apa pulak ekk???

No comments: