Perjalanan yang sangat sukar...Hmmm...itulah yang boleh describe perjalanan kami. Asalnya bukan nak gi UM tapi kami ada discussion mengenai Ketamadunan Barat bersama penulis blog http://sosialiskanan.blogspot.com di Masjid As-Syakirin berdekatan dengan KLCC.
Perbincangan kami bermula sekitar jam 10.15 pagi dan berakhir pada jam 1.00 ptg. Alhamdulillah peserta yang hadir agak ramai berbanding discussion kame yang pertama dulu yang diadakan di Masjid Bandar Baru Nilai. Haha, kami pun tak sangka seramai itu yang datang.
Setelah selesai menunaikan solat fardhu Zohor, kami cuma mengutarakan cadangan kepada adik2 yang mengikuti discussion tadi sama ada mahu pergi ke Universiti Malaya (UM) untuk mengahadiri satu lagi program Bedah Buku Ketika Cinta Bertasbih: Bersama Habiburrahman dan Ummu Hani.
Wah, adik2 begitu bersemangat sekali nak jumpa Habiburrahman. Ye lah, penulis novel terkenal "Ayat-ayat Cinta" tu. So, semua pun setuju nak pergi UM. Tapi sebelum tu kami isi perut dulu. Lapar...Hehe
Well, not bad lah cadangan Abang Faisal untuk makan kat restoran mamak. Makanan nye memang sedap tapi, mak oi....mahal nyerrrr...Redha je lah kan...nak isi perut punyer pasal. Ahaks...
Lepas semua dah habis makan, kami pun berpecah kepada dua kumpulan, kumpulan yang nak pergi Kinokuniya bersama Abang Faisal and kumpulan yang pergi UM dan aku telah diamanahkan untuk menjadi ketua rombongan ke UM. haha, aku yang tak tahu jalan ni disuruh jadi ketua rombongan. Nasib baik ada kaklong yang memang pelajar UM. Kaklong lah yang jadi penunjuk jalannyer
Sampai kat UM, kami terus pergi ke Institut Pasca Siswazah (IPS). Tengok senyap sunyi jer. Ade ke tak program ni? Pelik memnag pelik. Nasib baik aku teringat yang Aminuddin pergi program ni. Aku pun contact lah dia..
Lepas beberapa saat, kami nampak Amin kat satu sudut ni. Jumpa2 jer dia terus cakap...
"Korang ni dah terlambat lah. Program dah habis..."
..........................
..........................
Apa perasaan kami waktu tu ek...datang penat2 ni tapi program dah habis. Huwaaaa....sedeynyerrr.
Pastu Amin sambung...
" Tadi diorang tayangkan movie Ayat2 Cinta jer. Habiburrahman tak datang lagi. Flight die delay....Dorang kata maybe tunda ke malam ni atau buat kat Singapore.."
Huhuhu...tak de rezeki. Sian kat adik2 aku dari nilai ni. Dorang excited nak jumpe Habiburrahman. Nak wat camne dik, rezeki takde.
Jadi kami mengambil keputusan untuk balik ke Nilai............dengan perasaan kecewa...huhuhu
Waktu nak balik pun, kitorang diuji lagi oleh Allah. Kami menunggu di stesen bas depan UM tapi bas yang ditunggu2 tak kelihatan. Plannyer nak naik bas untuk terus ke MidValley, tapi banyak bas yang terus pergi KL Central. Lama jugak ah kami tunggu, sian tengok muka adik2 ni. Penat semua nyer. Lastly, kami pun decide naik bas ke KL Central.
Sampai di KL Central, kami tunaikan solat fardhu Asar terlebih dahulu. Boleh bayagkan tak, tengah-tengah aku solat tu ada pengumuman yang berbunyi...
" Perhatian kepada penumpang-penumpang KTM, pihak kami memohon maaf kerana pihak KTM telah menghadapi masalah. Oleh itu, tiada perkhidmatan KTM pada hari ini. Semua perjalanan akan dibatalkan. Kepada penumpang yang telah membeli tiket, permohonan wang kembali boleh dibuat di kaunter KTM yang disediakan, Sekian, terima kasih..."
Tak khusyuk langsung aku solat. Huwaaa, memang mencabar giler lah. Aku pun dok fikir2 macam mana nak balik NIlai ni.
Selesai solat, aku tunggu kat luar surau. Bile sume dah kumpul, aku pun tanye kat semua...
" Dengar tak pengumuman tadi?"
" Dengar.....(dengan nada yang sedih)"
Tengah2 bincang, tiba2 handphone aku bunyi..
" em, betul betul betul..." tanda ada message masuk. hehe
Kami dari pihak pengurusan Program Bedah Buku
bersama Habiburrahman dan Ummu Hani ingin memberitahu
bahawa program tersebut ditunda pada malam ini
pada pukul 9 malam. Sila bagi tahu pada kawan2 yang lain.
Aku pun terus bagitau adik2 pasal berita ni. Ade yang excited, ade juga yang diam je. Aku tanye pendapat sorang2.
Kebetulan kaklong telefon Abah and bagitau pasal problem ni. Alhamdulillah Abah offer nak hantar ke Nilai.
Jadi sekarang ada 2 pilihan, nak patah balik ke UM atau nak balik ke Nilai. Tapi kami tak buat pilihan, kami pilih dua2 sekali. hehe...yang nak pergi UM ikut aku and Syuhada. Yang nak balik NIlai lak ikut Kaklong.
laporan seterusnyer akan disambung nanti...( penat lah and lapar... hehe )
Saturday, November 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment