JellyPages.com

Wednesday, June 17, 2009

Big Family Picnic In Singapore

Setelah lebih lima tahun aku tak balik Singapore sebab tak de passport, akhirnya pada 13 Jun 2009 iaitu hari Sabtu yang lepas, berjaya jugak aku menjejakkan kaki di Singapore. Alhamdulillah, perasaan....tak tahu nak cakap ape. Dah lama tak jejak kaki kat sana, tengok suasana cam tak banyak berubah lah. Semua rumah flat...tapi bukan flat yang burok2, sume cantik2 belaka. hehe


Bertolak dari rumah dalam pukul 10 pagi. Aku naik keta Waja yang dipandu oleh mak cik aku (Cik Leng). Nenek duduk depan and aku duduk belakang. Wah...jadi boss. hehe..tak lama lepas naik keta, cam biasa lar, sekejap je aku dah sampai London...hehe (tertidur maksudnye...). Kami singgah banyak tempat. Aku tak ingat lar R&R mana...huhu


Dalam pukul 11.30, kami tiba di Sengkang (singgah rumah Nek Uda). Kawasan kampung yang tak berubah suasananya. Tenang dan sepi...dan agak panas lah. Cuaca pun memang tengah panas. Tiba pulak masa tengah hari. Wuish, memang berganda kepanasannya. Dah duduk2 rehat2, Nek uda ajak makan. Kami tak sangka lak Nek Uda masak, tapi memang rezeki kami lah dapat makan free. hehe, ingat nak makan kat Pagoh..


Dalam 12 lebih kami pun bertolak semula. Lepas tu kami singgah rumah Nek Ngah pulak kat Taman Universiti, Johor. Kat sana kami solat jama' ta'khir. Dalam pukul 6 lebih, kami pun bertolak ke Singapore.


Alhamdulillah tak jammed. Walaupun kereta agak banyak, tapi tak beratur panjag sampai atas jambatan. Alhamdulillah Allah permudahkan. Selesai segala proses, kami terus menuju ke rumah Mak Jah yang terletak di Yishun. Masa tu dah gelap, dalam pukul 8 lebih. Kereta banyak, hujan renyai2. Seronoknye dapat jumpe ngan saudara mara lagi.




Nak dekat pukul 9 kot, kitorang tiba di rumah Mak Jah. Wah, Mak Jah dah pindah rumah. Cantik rumah nye. Tingkat 2. Kemas dan rapi. Setelah bersalam-salaman, aku terus mandi supaya badan segar sikit. Esok paginyer kami nak berpicnic...jumpe ngan sanak saudara yang lain....excited ni..



Pasir Ris Park, tempat kami sekeluarga berpicnic


Antara makanan yang diorder untuk dijamu oleh sanak saudara, banyak nyer


Tapak picnic kami, masing2 ade khemah sendiri

Lepas kemas-kemas, gitu gini, 10.oo lebih ketorang kuar rumah dan 11.30 tiba kat Pasir Ris Park, berpicnic tepi laut. Seronoknyerrrrrr....dari jauh dah nampak sanak saudaraku yang ramai. Tua muda, besar kecik sume ade. hehe...Sampai je kat tapak picnic, aku terus salam dengan sume sedaraku, sepupu-sepupuku yang dah lama tak jumpa, pakmik2 and makcik2 ku, tak ketinggalan ada juga anak kepada cousinku. Wah, dah pangkat mak cik aku ni rupenyer...Setakat ni aku ada 2 orang anak sedara (anak kepada cousin aku). Sorang anak kak Norlyn yang bernama Nadine, dan sorang lagi anak kak Nenny bernama Asfa. Comel kedua2nya..


Baby Nadine bersama mamanya Kak Norlyn, ala comelnyer pakai spekmata hitam ^_^

Asfa dengan atuknya Cik Kamal, rapat dengan atuk die

Half of my cousins, ni baru half tau. Cousins aku ramai, anak-anak kepada 12 orang adik-beradik ayah aku. Wuish, memang ramai




Sepanjang picnic, bermacam2 game cousins aku prepre. Antaranya adalah volleyball. Aku tak join sebab tak pandai main. Tapi memang enjoy tengok dorang lawan. Hehehe, kelakar pun ade.


Sebelah petang tiba game untuk anak2. Sekali lagi aku tak join sebab kene join meeting mak bapak. Disebabkan Cik Leng pergi solat dan aku je satu2nya wakil dari Malaysia yang tinggal, aku pun kene lar join meeting. Takpelah, pengalaman baru meeting bersama mak bapak. hehe..



Masa meeting mak bapak, dari kiri: cik dal, cik ima, cik yat, cik ab, cik hassan dan cik aris


Cousins aku yang kecik2 lagi. seronoknyer main pasir


Agak lama kitorang spent masa bersama2. Lepas maghrib, baru kitorang bersurai. Sangat seronok....pukul 9 baru tiba rumah...wuish, penat tak terkata...huhu...walaupun aku bukannya buat kerje pape pon masa picnic tu, tapi masa baring atas katil, waduh, sakit seluruh badan. Huhu

Stesen Toa Payoh




Keesokannya, kak Nenny ajak aku jalan2 gi Toa Payoh naik MRT. huh? apa tue? ala, cam LRT jugak lar, tapi MRT ni, fulamak, bapak canggih. Cepat pulak tu. Kak Nenny bagitahu aku, public transport kat Singapore ni sangat mudah nak dapat. Train die every 2-5 minutes mesti ada. Wuish, aku yang dengar pun kagum. Kat Malaysia, 1/2 jam pun belum tentu ada lagi trainnyer. Huhuu



Sepanjang perjalanan tu, Kak Nenny terangkan kat aku pasal MRT ni. baru2 ni, kerajaan Singapore ada bina jalan keretapi baru untuk memudahkan penduduknya. Wah, bila aku dengar, bertuahnya lah penduduk Singapore ni. Kerajaan nyer memang jaga betul kebajikan rakyat. Memang bagusss..




Sampai kat Toa Payoh, kitorang jalan2 tengok barang2. Tak beli sebab tak de duit. waaa. Masa masuk kedai baju, Kak Nenny suruh aku pilih mana baju. Dia kata Mak Jah nak belanja aku. Huhuhu, Malunyer tapi memang lah suke orang nak belanja. Baju kat situ murah2. Harganya dari $3 hingga 10$. Wah, durian runtuh. Klu $3 duit Malaysia, ade la dalam RM 6 lebih. Boleh la tu, murah ape.



Masa untuk isi perut. Kak Nenny bawak aku makan kat Halal Food Court. Masa makan tu, Kak Nenny cakap, kat Sngapore ni kene hati2 sikit. Kene pilih tempat makan. Bukan leh main serbu je. Ade kedai yang tak halal. Wuish, susah gak macamtu. Tapi nasib baik ade jugak tempat makan yang halal.

Lepas habis shopping, Cik Leng ajak gi rumah Cik Aris ngan rumah Bibik. Aiseh, aku tak ingat lah pulak rumah Cik Aris ngan Bibik kat mana. huhu, tapi seronok lah dapat gi rumah diorang. Rumah Cik Aris masih rumah lama tapi Bibik dah pindah rumah baru.



Masa dalam perjalanan pulang, Cik Kamal cerita kat aku ngan Cik Leng, kat Sinapore susah nak bina masjid. Orang Islam mohon nak wat masjid dalam kawasan perumahan pun, kerajaan tak bagi. kalau nak buat, buat kat luar kawasan perumahan. Pastu masjidnyer, tak leh ada ciri2 Islam macam kubah ke..Masjidnyer sume bentuk kotak je. Kesianlah aku dengar. Dugaan tinggal di negara bukan Islam.



Malam lak, aku rehat je kat rumah. tak larat dah nak jalan2. Tak puas lagi sebenarnye explore Singapore ni. Tak explore pun, cume lawat rumah sedara je. huhu. Boleh la tu.



Hari isnin pagi2 kami bertolak pulang. Masa balik, jammed sikit tapi takde lah berjam2. Sebelum balik KL, kitorang singgah rumah Tok Bah and Tok Mak kat pontian. rindunyer kat Tok Mak Tok Bah. Dalam 1 jam setengah lepak kat Pontian, pastu kitorang terus balik KL. Boleh kata, 3/4 perjalanan aku tidooo je. wakaka...sian Cik Leng drive sorang2. Nasib baik Cik Leng tak ngantuk.



Hmmm...lepas ni dah mule sem, bile la aku leh balik Singapore balik. Dah susah nak cuti. Huhhu...

2 comments:

Mrs Kunta Nenny said...

(",) bagus lah if u enjoyed your stay .. tu baru gi ToaPayoh .. ingat nak ajak jln² lagi tapi masa tak mengizinkan kan kan ehehhe ..
Tak perh .. bila cuti skolah nanti .. dtg sini lah naik ketapi ke.. seronok skit ..

Lyn said...

Rumah Kak Nolyn & Cik Aris kat Bukit Panjang lah Hanan..

hujung tahun kalau diorang buat picnic lagi, Hanan datang lah ngan yg lain..

btw tu gambar Nardyne email kat Kak Nolyn bleh?? nak simpan.. thanks..