JellyPages.com

Thursday, April 15, 2010

Toyama-chan, Ogenki desu ka?

Dah hampir sebulan dia pergi
dah hampir sebulan kami tidak berjumpa
sebulan jugalah menyimpan perasaan rindu
yang setiap hari bertamu

bunga sakura yang mengembang di sana...

Melihat gambar-gambar di sana
sungguh cantik permandangannya
membuat aku juga teringin
menikmati permandangan yang indah itu
Subhanallah....
bunga ini hanya terdapat di sana
hanya mereka di sana yang dapat menikmatinya
bertuah....sungguh bertuah
bersyukurlah....
Subhanallah....Cantiknyerrrrr~


Cik Sakura yang cantik dan menawan >_<


Semoga kau yang berada di sana
sentiasa berada di bawah lindunganNya
sentiasa dilimpahi rahatNya
sentiasa diberkatiNya

Semoga sentiasa ceria
Semoga dipermudahkan segala kerja
Semoga kau sentiasa tenang dan gembira
Menghadapi segala ujian dan dugaanNya
Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Dongsaengi-ya, jal ji nae yo~
Kongang ha se yo~
Annyeong....
Ngehehe


Aja Aja, Hwaiting!!!

Friday, April 9, 2010

어떻게해야합니까?

난 항상 그를 생각해요....어떻게해야합니까? 이것을 사랑입니까?     ~T.T~     제발 도와주세요

Tuesday, April 6, 2010

Alhamdulillah (2)

Alhamdulillah...tak pasti nak cakap lagu ke nasyid...tapi yang pasti liriknya memang telah menarik minat aku. Tapi pada awalnya bukan lah liriknye yang buat aku berminat, tapi muzik dan iramanya. huhu

Tak ku sangka, liriknya mempunyai mesej yang mendalam, kuat dan boleh memberi kesan (bagi sesiapa yang terkesan lah). Aku tak nafikan yang jenis lagu macam ni mungkin boleh menarik lebih ramai remaja untuk meminati nasyid-nasyid tanah air.

Hmmm, aku tak berapa kenal sebenarnya dengan Too Phat dan Ahli Fiqir ni. Tapi, selalu juga aku dengar lagu-lagu mereka di radio Hitz.fm. Aku ingat diorang ni nyanyi lagu-lagu omputih (english) je. Tak sangka lak diorang ada buat nasyid. Bagus, bagus, bagus.

Mungkin lagu-lagu sebegini tak dapat diterima ramai sebagai sebuah nasyid yang boleh membawa keinsafan. Tapi bagi pandangan aku lah, lugu-lagu camni lah yang boleh menarik minat remaja-remaja especially yang jiwanya sama cam aku. hahaha....

Aku sokong betol kalau ade lagi lagu-lagu camni. Tapi memang lar, kalau nak dengar lagu-lagu macamni, kene ambil muzik, irama dan liriknya sekali. Tu yang susah orang nak buat....HUHU

Alhamdulillah

Alhamdulillah

by Too Phat, Ahli Fiqir, Yassin dan Dian Sastrowardoyo


Dian Sastro:
disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Yassin:
ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Malique:
merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!

Joe Flizzow:
jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Ahli Fiqir:
aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

Dian Sastro:
sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....

Saturday, February 13, 2010

السلام عليكم

Assalamualaikum...

hello~

여부세요!!

Wei, aku masih hidup wei...

HUHU

Friday, July 24, 2009

KONGRES PELAJAR ANJURAN PKPIM

copied from http://kongres-pkpim.blogspot.com/

Maklumat Kongres


PENGANJUR
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM)TEMAMenjana Peneraju Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur
TARIKH

8 Ogos 2009 (Sabtu)
TEMPAT

Wisma Belia, Kompleks MAYC, 40, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur
SASARAN PESERTA

1. Pimpinan pelajar sekolah
2. Pimpinan Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi
3. Pimpinan Institusi dan Badan-Badan Bukan Kerajaan
4. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan Pembuat Dasar



Objektif Kongres

1. Memberi makna dan kefahaman yang jelas akan teras-teras kenegaraan di dalam mendepani isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia hari ini dan akan datang.2. Merintis usaha transformasi Malaysia ke arah kehidupan bernegara yang lebih baik untuk seluruh rakyatnya.
3. Mewujudkan wadah penyampaian dan perbincangan untuk penghayatan makna dan perkaitan antara slogan ‘Satu Malaysia’ dan gagasan ‘Politik Baru’.
4. Menghasilkan gagasan baru melalui
pembinaan pemikiran dan pengupayaan kemahiran generasi muda sebagai panduan buat generasi muda hari ini sebagai penerus kesinambungan kehidupan negara Malaysia.

Pendaftaran Peserta

Untuk penyertaan, sila daftarkan diri kepada;
En. Abu Qasim Nor Azmi : 019-356 5805
En. Ahmad Fahmi Samsudin : 0132226925
Cik Sakinah Budiman : 013-212 4590

http://kongres-pkpim.blogspot.com/

Tuesday, June 30, 2009

Ku Abadikan Di Sini

Nabi ditanya:
Bilakah kiamat?

Jawab Nabi:
Bila amanah dipersia-siakan.

Bagaimana?
Jawab Nabi:
Bila diserahkan tanggugjawab kepada yang bikan ahli, tunggulah kiamat.
(H. Bukhari)
(Dari: Wan Afiqah Akmal Wan Affandi
dan Kak Nadia IRK)
*************************************************************************************
Mujahid sejati...
Tidak jatuh pandangannya pada dosa
Tapi jatuhnya dosa pada air matanya
Tidak terbuka katanya dari dusta
Tapi terbukanya dusta melalui kejujurannya.
Tidaktertumpas tanggugjawabnya pada khianat
Tapi tumpasnya khianat kerana amanahnya.
Tidak rebah kakinya menghadapi ujian
Tapi rebahnya ujian dipalu cokmarkesabaran.
Tidak hilang maruahnya pada cinta dunia
Tapi hilangnya cinta dunia dirampas cinta pada Pencipta..
Mengemis cinta Ilahi
Merindu syahid sejati...
(Dari: Ainon, Penolong Bendahari,
Pimpinan
PKPIM CFS UIA NILAI)
*************************************************************************************
Hiasilah tidurmu dengan air sembahyang...
Lelapkan matamu dengan zikrullah...
Selimutkan dirimu dengan kalimah syahadah...
Alaskan tidurmu dengan sepotong doa...
(Dari: Kak Aemy PKPIM Gombak)
*************************************************************************************
Bila kau bergelar DAI'E
Kau wajib sedar...
Bahawa jiwamu tidak boleh selamanya remaja...
Kata Al-Banna..
"tanggungjawab melebihi masa yang ada.."
dan tarbiyah yang bersalutkan Ilmu dan Cabaranlah
yang dapat mendewasakanmu..
tapi...
Cukupkah jika sekadar menerima tarbiyah?
Sampaikanlah pada yang lain..
Bangunlah wahai SYABAB,
Sedarlah wahai FATAYAT...
Kalian bukan memulakan
perjuangan
Tetapi kalian adalah mata-mata
yang menyambung rantai perjuangan....
(Dari: Zatil Mantan PKPIM CFS UIA PJ)
*************************************************************************************
Wanita yang solehah,
tersenyum dalam kesusahan,
mendapat kekuatan melalui doa,
menenangkan hati melalui istighfar,
dan mendidik diri dengan solat yang khusyu'...
Susah itu tarbiyah,
Sabar itu indah,
Salam Ukhuwah..
Moga redha Ilahi
mengiringi hidupmu
(Dari: Nur Diyana binti Lasim
Pelajar UDM jurusan Dakwah)
Kau hadir tanpa ku mengerti
Bila kita bersama
ku tak pernah merasai
tapi sekarang..
kenangan emnjadi tatapan...
izinkan ku hadir
walau sesaat
cuma
untuk mengucap dan
salam rindu dan perjuangan untukmu...
(Dari: Fiza Prep n Tech Taaruf Week ^_^)
*************************************************************************************
Bila kau letih dan hilang semangat
Allah tahu betapa kau telah mencuba
Bila kau rasa ketinggalan
dan masa meninggalkanmu
Allah setia disisimu
Bila kau telah mencuba segalanya
tapi tidak tahu tujuan
Allah ada penyelesaiannya
Bila tidak ada yang bererti buatmu
lalu kau kecewa dan keliru
Allah adalah jawapannya
Taqarrub Ilallah
Teruskan Perjuangan
Allahuakbar
*************************************************************************************
Messages yang bermakna dari kawan2 aku yang aku terpaksa delete sebab memory handphone tak cukup. Waaa, sorry sangat2. Tak pe2. Ni kite abadikan dalam blog kite ek. huhu..
Thanks a lot my friends. Love you guys so much...