copied from http://kongres-pkpim.blogspot.com/ Maklumat Kongres
Friday, July 24, 2009
KONGRES PELAJAR ANJURAN PKPIM
Posted by murasakigurl at 8:29 PM 0 comments Links to this post
Tuesday, June 30, 2009
Ku Abadikan Di Sini
Nabi ditanya: Bilakah kiamat? Jawab Nabi: Bila amanah dipersia-siakan.
Posted by murasakigurl at 10:57 AM 0 comments Links to this post
Wednesday, June 17, 2009
Big Family Picnic In Singapore
Pasir Ris Park, tempat kami sekeluarga berpicnic
Antara makanan yang diorder untuk dijamu oleh sanak saudara, banyak nyer
Tapak picnic kami, masing2 ade khemah sendiri
Baby Nadine bersama mamanya Kak Norlyn, ala comelnyer pakai spekmata hitam ^_^
Asfa dengan atuknya Cik Kamal, rapat dengan atuk die
Half of my cousins, ni baru half tau. Cousins aku ramai, anak-anak kepada 12 orang adik-beradik ayah aku. Wuish, memang ramai
Masa meeting mak bapak, dari kiri: cik dal, cik ima, cik yat, cik ab, cik hassan dan cik aris
Cousins aku yang kecik2 lagi. seronoknyer main pasir
Stesen Toa Payoh
Posted by murasakigurl at 12:36 PM 2 comments Links to this post
Ape lagu nih...
haaaa... baru tukar lagu ni...ish macam2 lagu aku dengar. Kalau korang dengar lagu Sorry Sorry oleh Super Junior yang aku baru letak kat blog aku ni, korang mesti rasa aku ni pelik ah.. memang pelik pun. tapi lagu ni la yang aku suke. heheh, bukan suke maknanya tapi aku suke rentak die.. rancak...lagi satu aku tak paham maksudnye klu aku dengar lagu ni..basically, lagu ni pasal cinta la. biasanye aku memang tak layan lagu2 cintan cintun ni. klu lagu Melayu yang jiwang2 tu, nak termuntah aku dibuatnyer. tapi bile dengar lagu Korea, tak termutah lak sebab tak tahu maksudnye. huhu, bahaya tu. Sebab klu lyric nyer membawa maksud yang menghina Tuhan ke, mana kite tahu kan. Tapi biasanya bile aku dapat lagu yang aku suke, aku akan cari lyric dan maksudnye kat internet. ha...lagu ni nasib baik lah, lyricnye tak de unsur2 ketuhanan. Lyric nyer tentang cinta....of course lah bukan cinta kepada Tuhan...orang bukan Islam, biasanya buat lagu cinta, memang bukan cinta kepada Tuhan. Tu yang bahaya buat diri aku yang lemah lagi hina ni. Aku memang suke betol dengar lagu-lagu korea terutama yang rancak-rancak ar. (Nasyid kurang pulak ek...ish ish). Abah memang dah faham dah perangai aku ni sampai abah gelar aku ni ustazah rock. Hahaha....mana tak nye, tak macam ustazah langsung. Suke dengar lagu2 rancak. huhuhu Bahaya memang bahaya....satu otak makin lembab, hati makin gelap....nauzubillah.... Aku tengah cube ubah niat aku ni...daripada saje2 dengar lagu korea sebab nak enjoy, aku cube nak blaja bahasa korea dengan dengar lagu2 dan tengok drama2 korea. tapi bukannye banyak pon dapat tangkap. huhuhu... Tengah cuti ni memang banyak perkara lagho yang aku buat. Astaghfirullah.... ni dah nak naik sem....harap2 bile aku busy ngan bende lain, aku lupe la nak buat bende2 lagho ni. Ish2 huhuhu...saje je nak bercoret...tengah boring...hukhuk
Posted by murasakigurl at 12:22 PM 0 comments Links to this post
Monday, June 8, 2009
Lama nyer....
Assalamualaikum.... hehe, ade orang ke yang singgah baca blog ni? huhu, wah lama betol tak update blog. banyak benda dah berlaku....tak dapat nak cite sume. punyer la susah aku nak log in sebab dah lupe password. Huhuhu...akhirnya terpaksa tukar password. Ish ish.... Sekarang tengah cute sem. Baru habis matrik...lama dah cuti. Adalah dalam 3 bulan lebih. Cuti memang best, sangaaaaaat best tapi teruk lah sebab banyak dah lupe pelajaran. Kesalahannya sebab tak ulangkaji. payahla nak ulang kaji. Internetnye, TV nyer, Video nyer, ish macam-macamlah. Apa aku nak buat bile start sem ni, mesti teruk nak catch up. Lagi satu kelemahan yang sangat teruk kat aku ni ialah malas membaca. Tu lah nak ulang kaji pun susah. Sebenarnye banyak je koleksi buku aku, tapi sepanjang yang aku ingat la, dalam 3 ke 4 buah buku je yang aku baca. woooa, teruk tu. Klu nak banding ngan sarah, memang jauh ketinggalan la aku. Memang aku tak nafikan, salah satu sumber ilmu adalah membaca. Abang Fayhsal pun pernah menyarankan para mahasiswa ni banyak membaca. Jadi, aku tengah cuba lah jugak nak suke membaca. Masalah lagi satu, aku tak tahu nak baca buku apa dulu. waaaaa, payah betol la aku ni. Baca je la buku apa2 kan asalkan berfaedah. Tapi aku susah betol nak mulakan. Jadi aku pun tanye lah sarah sepanjang cuti ni dia baca buku ape sebab aku tahu tak sah klu dia tak baca buku dalam seminggu. Memang hebat lah die nie. (Kalau dia baca ni mesti die marah giler kat aku T.T) Antara buku yang Sarah baca ialah Online dengan Tuhan dan 10 tokoh Islam yang termasyhur. Waaah, dahsyatnyer tajuk buku yang dia baca. Hampir menyerah kalah ni. Aku pon dok lah mencari2 buku2 yang tajuknyer agak best kat rumah aku ni. Haaa, buku yang dah lama aku beli tapi tak bersentuh. wuish, masih cantik lagi sebab siap dibalut. wakaka. Tajuknyer, Kuasa di Sebalik Solat karangan Syaikh Jalal Muhammad Syafi'i. Banyak ilmu baru yang aku dapat. Buku ni menerangkan tentang kenapa Allah mewajibkan manusia solat lima kali sehari. Sebenarnya aku tak habis lagi baca buku ni. huhuhu.. Antara perkara yang diterangkan ialah, struktur tubuh manusia. Seperti yang kita tahu, manusia ni terdiri daripada beribu2 tulang. Ada tulang lurus, ada bengkok. Ada kecik, ada panjang. Pendek kata, memang beribu2 jenis tulang lah. Pastu, setiap hari, kita akan melakukan kerja2 seharian seperti memasak, berjalan, membasuh, mengemas dan macam-macam lagi lah. Setiap pergerakan yang kita buat dan jika dilakukan berulang-ulang kali akan membawa kepada perubahan struktur tulang kita yang boleh membawa kepada penyakit2 yang kronik. Wuish, boleh cepat mati ni.... Tapi Allah Maha Mengetahui perihal makhluk ciptaanNya. Setiap pergerakan kita dalam solat seperti berdiri tegak, rukuk, sujud dan lain-lain akan membetulkan semula kedudukan-kedudukan tulang kita yang telah bergerak kerana aktiviti2 seharian kita. MasyaAllah.... Selain itu, ilmu baru yang aku tahu lagi ialah cara kita berjalan juga boleh membawa kepada kerosakan struktur tulang kita. Sepatutnya, cara jalan yang betul ialah dengan meletakkan bahagian depan kaki dulu sebelum tumit kita. Tapi kebiasaannya kita letak tumit dulu. Aku pun cubalah jugak jalan macam tu, waahahaha, teramatlah pelik. Huhuhu, tapi demi kesihatan tulang.... hehehe, seronoknyer dapat ilmu baru. Lepas ni nak baca buku apa pulak ekk???
Posted by murasakigurl at 2:36 PM 0 comments Links to this post
Saturday, November 22, 2008
Meeting Habiburrahman El-Shirazy
Perjalanan yang sangat sukar...Hmmm...itulah yang boleh describe perjalanan kami. Asalnya bukan nak gi UM tapi kami ada discussion mengenai Ketamadunan Barat bersama penulis blog http://sosialiskanan.blogspot.com di Masjid As-Syakirin berdekatan dengan KLCC. Perbincangan kami bermula sekitar jam 10.15 pagi dan berakhir pada jam 1.00 ptg. Alhamdulillah peserta yang hadir agak ramai berbanding discussion kame yang pertama dulu yang diadakan di Masjid Bandar Baru Nilai. Haha, kami pun tak sangka seramai itu yang datang. Setelah selesai menunaikan solat fardhu Zohor, kami cuma mengutarakan cadangan kepada adik2 yang mengikuti discussion tadi sama ada mahu pergi ke Universiti Malaya (UM) untuk mengahadiri satu lagi program Bedah Buku Ketika Cinta Bertasbih: Bersama Habiburrahman dan Ummu Hani. Wah, adik2 begitu bersemangat sekali nak jumpa Habiburrahman. Ye lah, penulis novel terkenal "Ayat-ayat Cinta" tu. So, semua pun setuju nak pergi UM. Tapi sebelum tu kami isi perut dulu. Lapar...Hehe Well, not bad lah cadangan Abang Faisal untuk makan kat restoran mamak. Makanan nye memang sedap tapi, mak oi....mahal nyerrrr...Redha je lah kan...nak isi perut punyer pasal. Ahaks... Lepas semua dah habis makan, kami pun berpecah kepada dua kumpulan, kumpulan yang nak pergi Kinokuniya bersama Abang Faisal and kumpulan yang pergi UM dan aku telah diamanahkan untuk menjadi ketua rombongan ke UM. haha, aku yang tak tahu jalan ni disuruh jadi ketua rombongan. Nasib baik ada kaklong yang memang pelajar UM. Kaklong lah yang jadi penunjuk jalannyer Sampai kat UM, kami terus pergi ke Institut Pasca Siswazah (IPS). Tengok senyap sunyi jer. Ade ke tak program ni? Pelik memnag pelik. Nasib baik aku teringat yang Aminuddin pergi program ni. Aku pun contact lah dia.. Lepas beberapa saat, kami nampak Amin kat satu sudut ni. Jumpa2 jer dia terus cakap... "Korang ni dah terlambat lah. Program dah habis..." .......................... .......................... Apa perasaan kami waktu tu ek...datang penat2 ni tapi program dah habis. Huwaaaa....sedeynyerrr. Pastu Amin sambung... " Tadi diorang tayangkan movie Ayat2 Cinta jer. Habiburrahman tak datang lagi. Flight die delay....Dorang kata maybe tunda ke malam ni atau buat kat Singapore.." Huhuhu...tak de rezeki. Sian kat adik2 aku dari nilai ni. Dorang excited nak jumpe Habiburrahman. Nak wat camne dik, rezeki takde. Jadi kami mengambil keputusan untuk balik ke Nilai............dengan perasaan kecewa...huhuhu Waktu nak balik pun, kitorang diuji lagi oleh Allah. Kami menunggu di stesen bas depan UM tapi bas yang ditunggu2 tak kelihatan. Plannyer nak naik bas untuk terus ke MidValley, tapi banyak bas yang terus pergi KL Central. Lama jugak ah kami tunggu, sian tengok muka adik2 ni. Penat semua nyer. Lastly, kami pun decide naik bas ke KL Central. Sampai di KL Central, kami tunaikan solat fardhu Asar terlebih dahulu. Boleh bayagkan tak, tengah-tengah aku solat tu ada pengumuman yang berbunyi... " Perhatian kepada penumpang-penumpang KTM, pihak kami memohon maaf kerana pihak KTM telah menghadapi masalah. Oleh itu, tiada perkhidmatan KTM pada hari ini. Semua perjalanan akan dibatalkan. Kepada penumpang yang telah membeli tiket, permohonan wang kembali boleh dibuat di kaunter KTM yang disediakan, Sekian, terima kasih..." Tak khusyuk langsung aku solat. Huwaaa, memang mencabar giler lah. Aku pun dok fikir2 macam mana nak balik NIlai ni. Selesai solat, aku tunggu kat luar surau. Bile sume dah kumpul, aku pun tanye kat semua... " Dengar tak pengumuman tadi?" " Dengar.....(dengan nada yang sedih)" Tengah2 bincang, tiba2 handphone aku bunyi.. " em, betul betul betul..." tanda ada message masuk. hehe Kami dari pihak pengurusan Program Bedah Buku bersama Habiburrahman dan Ummu Hani ingin memberitahu bahawa program tersebut ditunda pada malam ini pada pukul 9 malam. Sila bagi tahu pada kawan2 yang lain. Aku pun terus bagitau adik2 pasal berita ni. Ade yang excited, ade juga yang diam je. Aku tanye pendapat sorang2. Kebetulan kaklong telefon Abah and bagitau pasal problem ni. Alhamdulillah Abah offer nak hantar ke Nilai. Jadi sekarang ada 2 pilihan, nak patah balik ke UM atau nak balik ke Nilai. Tapi kami tak buat pilihan, kami pilih dua2 sekali. hehe...yang nak pergi UM ikut aku and Syuhada. Yang nak balik NIlai lak ikut Kaklong. laporan seterusnyer akan disambung nanti...( penat lah and lapar... hehe )
Posted by murasakigurl at 12:12 PM 0 comments Links to this post
Wednesday, November 12, 2008
Mari kawan-kawan ramai2 bedah buku...
Posted by murasakigurl at 4:10 PM 0 comments Links to this post
