JellyPages.com
Showing posts with label Renugan. Show all posts
Showing posts with label Renugan. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

정말 힘들어 T.T 제발 강해 져야 하난아~

Hidup kita kadang-kadang sangat gembira. Kadang-kadang sangat sedih. Kadang-kadang sangat senang lenang. Kadang-kadang perlu bersusah payah. Hidup ini seperti roda, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah.

Namun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Entah sudah berapa lama ujian dihadapi, namun mereka tidak pernah mengeluh jauh sekali berputus asa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Aku yang melihat sahaja pun tidak dapat menahannya apatah lagi mereka yang menghadapinya.

Ujian yang mereka hadapi bukan ujian yang kecil. Ujian yang memerlukan kesabaran yang tinggi serta penyerahan diri kepada Allah Yang Maha Besar secara keseluruhan. Ujian yang mereka hadapi memerlukan pengorbanan diri, masa, tenaga dan wang ringgit. Kesemua pengorbanan ini memerlukan keikhlasan yang tulus. Umur mereka semakin meningkat. Anak-anak semakin membesar, keperluan mereka juga semakin bertambah tidak kurang juga keinginan mereka.

Berkat kesabaran mereka serta kefahaman anak-anak yang lain akan masalah yang dihadapi, sehingga ke hari ini, ujian ini dapat ditempuhi dan masih ditempuhi pada hari ini.

Alhamdulillah....Allah sayangkan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Walaupun payah, walaupun susah, Allah ada bersama kita.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]


  Ya benar. Bersabarlah...kerana apa yang engkau hadapi ini merupakan perkara yang engkau mampu hadapinya. Percayalah....

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]


Tabahlah....ujian yang datang itu untuk membuktikan keimananmu. Maka tetaplah pada jalan yang Allah redhai agar kau mendapat ganjaran daripadaNya.


إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]


Percayalah....ujian yang ddatang ini tanda Allah cintakan kita....

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]


Allahuakbar. Melihat mereka begitu kuat menghadapi ujianMU YA ALLAH, ku sangka aku juga kuat untuk menghadapinya. Tetapi tenyata aku ini sangat lemah. Akhirnya hanya mampu menangis bersendirian. Ya Allah, tabahkan hati mereka yang menghadapi ujianMu ini dan kurniakanlah mereka kesabaran yang tinggi. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Berkuasa. Amin.... 


اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنّا. اللهم إنّا نسألك العفو والعافية.  اللهم أنت السلام ومنك السلام وإليك يعود السلام، فحيّنا ربنا بالسلام، وادخلنا جنّة دار السلام، تباركت ربنا وتعاليت يا ذا الجلال والإكرام

Thursday, June 3, 2010

Selamat Hari Sahabat

Sebelum seorang kawanku memberi sepotong kad yang mengucapkan Selamat Hari Sahabat kepadaku masa aku form 5 dulu, tak pernah aku tahu ada sambutan hari sebegini. Haha...Waktu tu aku pelik sungguh, bila masa pulak ada hari sahabat ni? Tak pernah tahu pun. Aish...ceteknye pengetahuan aku.

Kalau tak salah aku lah, waktu aku dapat kad tu adalah pada tanggal 1 Ogos 2006. Jadi, hari ni disambut sabagai hari sahabat setiap tahun. Tapi, baru-baru ni iaitu pada tanggal 29 Mei 2010, adik aku Yasmin yang sekarang darjah 5 telah menyambut Hari Sahabat beserta Hari Lahir sekali (28 Mei) bersama rakan-rakan karibnya di Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Sepatutnya lebih kurang 9 orang yang hadir tetapi pagi tu ramai kawan-kawan Yasmin ada hal lain, jadi yang datang hanya lah sekeluarga yang terdiri daripada ibu, ayah dan 5 orang anak mereka. Yang sulungnya adalah kawan Yasmin yang bernama Adilah.

Pelik aku. Bukan ke Hari Sahabat tu 1 Ogos? Aku pun tanyelah kat Ummi macam orang dungu "Ummi, kenapa Yasmin tiba-tiba nak buat hari sahabat ni?". Ummi yang pelik dengan soalan aku pun menjawab, "eh apa salahnya, kan bagus spend time dengan kawan-kawan ringan-ringan macam ni. Lagipun nak sambut birthday die skali. Memang biasa lah Yasmin buat ngan kawan-kawan die. Setiap tahun ada". OOOOh, bagus nyer adik aku ni. haha...lepas tu baru aku faham, mana ada Hari Sahabat yang khas. Setiap hari pun Hari Sahabat. Macam Hari Ibu, Hari Ayah. Cuma Hari Lahir je lar yang bukan setiap hari. hehe

Seronok aku tengok ibu dan ayah mereka. Si ibu baru melahirkan anak lelaki yang baru berusia 40 hari. Aku tengok baby tu kecik lagi. Comelll sangat. Aku yang tak de pengalaman ni tanyela dah berapa bulan? Si ibu dengan tersenyum kecil menjawab 40 hari. Wakaka, aku dengar jawapan tu tergelak besar aku (dalam hatilah dan malu jugak).Si ayah memanggil isterinya dengan panggilan sayang. Si isteri pun begitu juga. Anak-anak mereka bermain dengan gembira. 

Waktu aku sampai dengan Yasmin dan Widyan (adik bawah Yasmin dan si bongsu yang tak macam bongsu), mereka semua sedang bermain badminton. Aku sampai dengan membawa gula-gula, kek potong dan kek batik. Rupa-rupanya Yasmin tak bagi tahu pun yang Hari Sahabat ni nak sambut sekali dengan Hari Lahir dia. Haha, bagus lah adik aku ni. Pandai buat surprise ^_^. Adik bagus, kakaknya pun bagus gak. ngehehe

Kawan, Sahabat dan Teman



Kawan, sahabat dan teman secara amnya membawa maksud yang sama. Tetapi sekiranya kita melihat secara mendalam, ianya mempunyai maksud tersirat yang berlainan. Betul ke ??
Kawan
Semua orang mempunyai kawan termasuk aku sendiri. Setiap orang kita kenali, yang kita dampingi adalah kawan. Sama ada disekolah, pejabat atau dimana sahaja, mereka adalah kawan. Sekiranya kawan itu sentiasa bersama kita dan sanggup menolong kita dikala susah, tahniah kerana anda telah mempunyai seorang sahabat.


Sahabat
Maksud sahabat sama seperti kawan akan tetapi mempunyai makna yang lebih mendalam. Seorang sahabat sentiasa bersama kita sama ada kita senang mahupun susah. Mereka akan menolong kita sekiranya kita dilanda kesusahan. Jika orang yang kita panggil sahabat hanya bersama kita dikala senang dan meninggalkan kita ketika susah, maka orang itu bukanlah seorang sahabat. Ia hanyalah dikategori sebagai kawan atau ikut suka kamulah.
Teman
Teman juga mempunyai maksud yang sama seperti kawan atau sahabat tetapi ianya juga mempunyai makna yang lebih dalam dari sahabat. Teman juga sama seperti sahabat tetapi dia sanggup bersama kamu selamanya. Dia akan menemani kamu dikala kamu susah dan kesepian. Menghiburkan hati dan membawa kegembiraan didalam hidup kamu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bukan senang nak dapat seorang sahabat dan teman. Kawan ramai lah, tapi bukan semuanya sahabat. Jadi, boleh dikira sahabat ni macam best friend lar. Sahabat adalah keluarga kita yang kedua. Biasanya, masalah yang kita hadapi lebih senang kita kongsikan bersama sahabat berbanding dengan keluarga kita sendiri. Bagi mereka yang duduk berjauhan dengan keluarga, sahabat adalah orang yang paling banyak kita luangkan masa bersama dengan mereka. Semakin lama kita bersahabat dengan mereka, semakin rapat kita dengan mereka dan semakin kita kenal masing-masing dengan lebih mendalam. 

Dalam bersahabat, kita tidak lari daripada segala bentuk ujian. Kadang-kadang bergaduh, kadang-kadang gembira, kadang-kadang sedih dan bermacam lagilah kadang-kadang...Namun bagi aku, lebih banyak masalah yang timbul antara sahabat, semakin rapatlah mereka jika masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan betul dan dengan cara yang baik. Bukan dengan sahabat je, dengan siapa-siapalah yang kita bersosial kalau dapat atasi masalah yang timbul dengan baik, maka mereka akan lebih dapat memahami diri masing-masing dengan lebih baik.

Antara permulaan terbesar timbulnya sesuatu masalah antara sahabat adalah disebabkan oleh salah faham. Hanya kerana salah faham yang berlakulah menyebabkan berlakunya pergaduhan antara sahabat sehingga ke tahap tidak bertegur sapa. Sedih aku tengok akibat salah faham yang berlaku antara sahabat, nak tengok muka pun tak mahu. Dulu bukan main, makan sama-sama, pergi kelas sama-sama, kongsi barang yang ada. Baju aku baju ko jugak. Pensil aku pensil ko jugak. Tapi sekarang, dengar nama pun tak boleh. Parah...memang parah dan menyedihkan. Macam mana boleh jadi sampai macam tu. Semuanya akibat salah faham. 

Dan salah faham ini juga boleh dielakkan dengan bersangka baik. Sebelum kite marah kawan kite datang lambat, datangkan dulu sebarang kemingkinan yang menyebabkan dia datang lambat. Jangan terus nak marah. Bile kite dengar orang cakap kawan kite ni cakap buruk pasal kite, sangka baik dulu, mungkin orang yang sampaikan berita tu tersilap dengar atau tersalah faham dengan apa yang kawan kite cakapkan.
Perkara ni memang sangat susah untuk dipraktikkan. Ramai orang yang cepat terpengaruh dengan nafsu amarah dan ditambah bila ditambah dengan hasutan syaitan, ianya akan bertambah buruk. Oleh itu, kita haruslah mendidik diri supaya tidak mengikut nafsu secara melulu dan berfikirlah sebelum melakukan sesuatu perkara. Fikirlah apa akibatnya kalau kita percaya kata-kata yang menipu. Fikirlah akibatnya kalau kita marah sahabat kita tanpa usul periksa sedangkan sahabat kita berada di pihak yang benar. Semuanya harus difikirkan terlebih dahulu. 

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah oleh kalian kebanyakan dari persangkaan (zhan) karena sesungguhnya sebagian dari persangkaan itu merupakan dosa.” (Al-Hujurat: 12)”

~Berilah saudaramu 70 alasan (kemaafan) sebelum kau menghukumnya~