JellyPages.com

Monday, August 15, 2011

Guru Wanita Maut Mangsa Langgar Lari




Seorang guru maut selepas terbabit dalam kejadian langgar lari di Jalan Pendidikan, Taman Universiti di sini, malam kelmarin, ketika dalam perjalanan ke kedai berhampiran dengan menunggang motosikal yang baru sebulan dibelinya.

Dalam kejadian jam 8.25 malam, Khuzainah Omar, 52, dikatakan keluar dari rumahnya di Jalan Pertanian, Taman Universiti, sebelum motosikal jenis Suzuki ditunggangnya dipercayai bergesel dengan sebuah kereta jenis Honda Accord berwarna biru. Mangsa kemudian terjatuh manakala pemandu kereta terbabit melarikan diri.

Suaminya, Mohammad Amir Marjonid, 52, berkata ketika itu dia bersolat tarawih di masjid berhampiran sebelum dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anak sulung, Khairul Bariyah, 24.

“Saya berasakan ada yang tidak kena apabila menerima panggilan daripada Bariyah. Bagaimanapun, panggilan itu tidak dapat dijawab kerana saya bersolat,” katanya.


http://suarabawahtanah.com/2011/08/14/guru-wanita-maut-mangsa-langgar-lari/#ixzz1V3AATatA


 Membaca berita ini di akhbar membuatkan aku sedih mengenang sepupu-sepupuku yang kematian ibu mereka pada hari Sabtu yang lepas. Allahuakbar. Sesungguhnya semua yang terjadi telahpun tertulis di luh mahfuz. 

2. Dia lah Yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi Yang tertentu di sisiNya (iaitu masa Yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); Dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). (al-An'aam:2)

11. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu Yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai Segala Yang kamu kerjakan. (al-munafiqun:11)

Kematian juga tidak akan tertangguh dan tidak pula diawalkan. Kematian akan datang tepat pada masanya. Tidak akan sempat kita mengucapkan selamat tinggal kepada orang-orang yang dikasihi. 

Terkilan rasanya kerana tidak sempat berjumpa dengan mak ngah sebelum ramadhan hari tu sewaktu aku pulang bersama mak cik sebelah ayahku untuk mengambil nenekku di singapura. Itu juga telah Allah tentukan sejak azali lagi.

Ya Allah, cucurilah rahmatMu ke atas ruh mak cik ku dan tempatkanlah dia bersama para solihin. Ya Allah, tabahkanlah hati sepupu-sepupuku salam menghadapi dugaanMu ini. Ya Allah, kasihilah kami yang masih hidup ini dan jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa mengingati mati dan matikanlah kami dalam Iman. Amin ya Rabbal 'Alamin.

No comments: