JellyPages.com

Wednesday, April 27, 2011

정말 힘들어 T.T 제발 강해 져야 하난아~

Hidup kita kadang-kadang sangat gembira. Kadang-kadang sangat sedih. Kadang-kadang sangat senang lenang. Kadang-kadang perlu bersusah payah. Hidup ini seperti roda, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah.

Namun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Entah sudah berapa lama ujian dihadapi, namun mereka tidak pernah mengeluh jauh sekali berputus asa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Aku yang melihat sahaja pun tidak dapat menahannya apatah lagi mereka yang menghadapinya.

Ujian yang mereka hadapi bukan ujian yang kecil. Ujian yang memerlukan kesabaran yang tinggi serta penyerahan diri kepada Allah Yang Maha Besar secara keseluruhan. Ujian yang mereka hadapi memerlukan pengorbanan diri, masa, tenaga dan wang ringgit. Kesemua pengorbanan ini memerlukan keikhlasan yang tulus. Umur mereka semakin meningkat. Anak-anak semakin membesar, keperluan mereka juga semakin bertambah tidak kurang juga keinginan mereka.

Berkat kesabaran mereka serta kefahaman anak-anak yang lain akan masalah yang dihadapi, sehingga ke hari ini, ujian ini dapat ditempuhi dan masih ditempuhi pada hari ini.

Alhamdulillah....Allah sayangkan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Walaupun payah, walaupun susah, Allah ada bersama kita.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]


  Ya benar. Bersabarlah...kerana apa yang engkau hadapi ini merupakan perkara yang engkau mampu hadapinya. Percayalah....

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]


Tabahlah....ujian yang datang itu untuk membuktikan keimananmu. Maka tetaplah pada jalan yang Allah redhai agar kau mendapat ganjaran daripadaNya.


إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]


Percayalah....ujian yang ddatang ini tanda Allah cintakan kita....

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]


Allahuakbar. Melihat mereka begitu kuat menghadapi ujianMU YA ALLAH, ku sangka aku juga kuat untuk menghadapinya. Tetapi tenyata aku ini sangat lemah. Akhirnya hanya mampu menangis bersendirian. Ya Allah, tabahkan hati mereka yang menghadapi ujianMu ini dan kurniakanlah mereka kesabaran yang tinggi. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Berkuasa. Amin.... 


اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنّا. اللهم إنّا نسألك العفو والعافية.  اللهم أنت السلام ومنك السلام وإليك يعود السلام، فحيّنا ربنا بالسلام، وادخلنا جنّة دار السلام، تباركت ربنا وتعاليت يا ذا الجلال والإكرام

No comments: